6 Mar 2017

MERANA KERACUNAN MERKURI HINGGA HAMPIR MERAGUT NYAWA

Hi semua, selamat pagi dan selamat berhari isnin. Biasanya hari isnin adalah hari yang mencabar. Mana tidaknya kan hari pertama bekerja dan kalau boleh masih ingin memanjangkan tidur, tapi apakan daya, masa tidak menunggu kita :)
Baiklah mari kita sama-sama membaca testimoni seseorang yang hampir nyawanya diragut disebabkan oleh keracunan merkuri dan cara dia mengatasinya.


Kisah saya bermula pada penghujung 2014. Waktu itu saya masih dalam peringkat awal pemulihan dari keracunan merkuri akibat salah memilih produk kosmetik dan supplemen.

Waktu itu (Oct 2014), walaupun internal organ(organ dan buah pinggang) saya survive dengan asbab ubatan hospital. Tetapi, tubuh badan saya sangat sakit dan kekeringan nutrisi yang teruk. Yang dapat di lihat dari luaran ialah kerosakan kulit, kuku dan rambut saya.

Kulit saya sangat kering, bersisik dan juga mempunyai 'chicken skin'. Eczema naik di setiap pelipat tubuh. Gatalnya, hanya Allah atau siapa yang pernah kena sahaja yang tahu. Kuku di jari kiri dan kanan pula terbelah dua dan patah-patah. Kuku kering sangat dan kusam warnanya. Tidak sihat langsung."tubuh badan sentiasa di dalam kesakitan"

Rambut saya pula sangat kering, Umpama rumput yang sedang mati setelah disembur racun rumput. Warna rambut menjadi perang yang tidak sihat. Pegang dengan jari pun boleh luruh sendiridan patah-patah. Bayangkanlah betapa merananya saya. Itu belum masuk lagi penderitaan lain yang saya hadapi. Antaranya;

- Bacaan kencing manis saya sentiasa tinggi."Bacaan tertinggi saya selepas makan ialah 35pt dan bacaan terendah saya waktu pagi adalah 14pt"
- Gastrik dan pedih ulu hati yang kronik
- Hampir mengalami stroke di sebelah kiri badan (menurut doktor)
- Cakap yang tergagap-gagap dek kerna nerve system yang terganggu

Ya, Kondisi badan saya waktu itu sama seperti orang yang menjalani kemoterapi malah lebih teruk lagi.

Jadi pada waktu itu, saya bertanya kawan-kawan saya, supplemen apa yang boleh dipercayai selamat,semulajadi dan mohon ada orang yang boleh membantu saya makan supplemen dengan cara yang betul. Saya tidak mahu orang hanya menjual tanpa menerangkan pada saya khasiat sesuatu supplemen itu.

Alhamdulillah. Doa saya dimakbulkan oleh Allah. Seorang kawan saya menerangkan produk Shaklee kepada saya. Selepas itu saya pun cari juga sendiri info berkenaan Landmark Study Shaklee untuk memuaskan hati sendiri.

Setelah yakin, maka saya pun belilah Vitamin C dan juga Vitamin E sebagai permulaan penjagaan kulit dan kesihatan saya.

Ini adalah budget yang ternurah selain dari target pertama saya iaitu VIVIX. Masa ni, belum mampu nak beli vivix walau hebat sangat testimoni vivix yang saya baca. Waktu ini budget saya ketat kerana bil-bil hospital yang pelu ditanggung. Sedih.

Selepas habis 2 botol vitamin C dan E, saya dapat lihat kulit saya semakin sihat. Kuku saya yang semakin pulih dan tidak patah. Rambut saya juga nampak perubahan semakin kuat,Kembali hitam dan bersinar.

Oleh kerana bertambah yakin dengan result yang ada pada diri sendiri. Maka,saya terus mohon menjadi ahli Shaklee kerana nak jimat dari beli harga runcit. Saya terus makan Vit C dan E dari tahun 2014 hinggalah 2015. Walaupun tak berapa berdisiplin.

Setelah saya disahkan mengandung, sakit saya datang kembali dek kerana hormon badan yang tidak menentu. Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati apabila 2 senior doktor yang pakar di bidang O & G beritahu saya bahawa risiko kehilangan nyawa kami (bayi & saya) adalah sangat tinggi, dan kecacatan organ dalaman bayi yang dilahirkan mungkin terjadi. Risau sangat saya.

Rapi Alhamdulillah KuasaNya tiada siapa yang dapat mempertikaikan. Walaupun memang nyaris kehilangan nyawa pada waktu itu, namun kami berdua selamat. Dan baby Zariff lahir sempurna walaupun lahirnya pramatang di minggu yang ke-32 pada penghujung March 2016.

Niat untuk mencuba vivix masih belum dilupakan. Beberapa bulan setelah habis berpantang, pada bulan ogos 2016, saya cuba pula vivix. Dan sehingga hari ini, sya masih tidak berhenti jatuh cinta pada kesan vivix dan vitamin shaklee terhadap kesihatan saya. Saya rasa seperti diberi peluang kedua selepas melalui detik-detik sukar dan hampir meragut nyawa.

Inilah testimoni seorang insan yang hampir nyawanya hilang, Dengan izinNya ditemukan produk shaklee yang sangat-sangat membantunya..

Sekian untuk perkongsian pada hari ini..untuk mengetahui lebih banyak testimoni mengenai produk shaklee..ikuti saya di episode akan datang dan untuk cepat hanya hubungi saya di 010-9555229 ;)