17 Aug 2016

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANG PENGELUARAN SUSU IBU



Hai semua, selamat pagi dan selamat memulakan hari yang baru. Syukur kerana my komputer sihat sudah dan saya boleh berkongsi semula dengan anda tentang punca-punca berkurangnya susu ibu dan cara mengatasinya.


Ada beberapa faktor yang memungkinkan kurangnya penghasilan susu badan seperti;

1) STRESS
Stress sangat mempengaruhi  emosi ibu yang menyusukan anak. Emosi yang tidak stabil boleh saja menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oksitosin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu merasa tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya.

Kerana itu sangat penting untuk ibu kurangkan stress, dan tidak dinafikan bukan perkara mudah untuk menangani cabaran ini. Lebih-lebih lagi jika anak mengalami masalah seperti kuning tinggi, anak ramai yang perlu diuruskan dan banyak lagi faktor penyumbang stress ini. Akan tetapi ambilah sedikit masa untuk anda sendiri untuk menikmati saat-saat indah bersama bayi yang baru lahir. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan anda dengan bayi.

2) FAKTOR PEMAKANAN

Ibu yang menyusui anak perlukan makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat, serta lebih gembira walaupun penat menjaga bayi. Pemakanan yang seimbang juga boleh membantu penghasilan susu yang lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu, kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, banyak gula, banyak garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

3)KEKERAPAN BAYI MENYUSU
Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak kerap menyusu sepeti dahulu.

4)BAYI TIDAK MENYUSU DENGAN EFEKTIF
Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, Badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan pemintaan yang sedikit daripada bayi itu.

5)KURANGNYA DEMAND DAN SUPPLY
Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah semand atau permintaan daripada bayi. Ada kalanya bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. kerna itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang.

6)PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Sebelum mengambil apapun jenis ubat, pastikan adanya nasihat daripada doktor.

7)KURANGNYA MINUM AIR
Ibu yang mengamaklkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air di dalam tubuh. Kerana susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Air sangat penting untuk ibu menyusu bagi mengelakkan dehidrasi dan ibu merasa cepat dahaga.

Inilah tips atau punca dan cara mengatasi masalah susu ibu semakin berkurang dan saya juga selain melihat akan punca-punca di atas, mengambil inisiatif untuk mengambil dan mengamalkan supplement Shaklee agar terus bertenaga sepanjang masa di samping melayan karenah anak anak.

Saya merupakan pengguna, Pengedar dan ejen Shaklee di Donggongon, Penampang , Kg. Bahang, kobusak, Kota Kinabalu, Ranau Sabah, serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk shaklee di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 010 9555229
Fb : Nyna marlina
Email : marlinasaidi@yahoo.com




No comments:

Post a Comment