Saya juga pernah mengalami alahan yang boleh dikatakan hebat juga sehingga sangat sukar untuk bangun, pening yang teruk selain daripada muntah-muntah, menyebabkan saya kerap mengambil cuti.
So, apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu diri anda?Sudah
pasti anda mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan
perut anda memulas. Untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan loya anda juga boleh:
1) Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula
secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah
sedikit sepanjang hari
2) Makan
apa dan bila anda kehendaki,
tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng
dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin
dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti
biskut juga boleh diambil.
3) Simpan
snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut
tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
4) Cuba
minum di antara waktu makan terutamanya
jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa
makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah
air.
· 5) Dapatkan
rehat yang secukupnya dan ambil masa
rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan
keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
· 6) Hidu
buah lemon. Bau sepotong buah
lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke
dalam teh ais atau air berkarbonat.
· 7) Minum
teh halia. Sediakan teh halia
menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk
melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu
digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak
berkesan bagi sesetengah orang.·
· 8) Cuba terapi
semula jadi. Aromaterapi
(minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda
tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
9) Beritahu seseorang. Berbincang dengan
seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan
ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda.Setakat ini perkongsian saya mengenai tips kurangkan alahan ketika hamil, harap ini boleh membantu para ibu yang sedang mengalami alahan saat ini. Sekian
Saya merupakan pengguna,
Pengedar dan ejen Shaklee di Donggongon, Penampang , Kg. Bahang, kobusak, Kota
Kinabalu, Ranau Sabah, serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda
perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk shaklee di talian berikut;
Call/Msg/Whatsapp : 010 9555229
Fb : Nyna marlina
Email : marlinasaidi@yahoo.com
No comments:
Post a Comment